Make your own free website on Tripod.com
 
BIODATA
Dilahirkan di sebuah kampung daerah luar bandar bernama Kampung Parit Londang. Pekan terdekat adalah Pekan Parit Raja. Bandar terdekat pula adalah Bandar Batu Pahat. Mula memasuki alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Parit Bingan dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Tun Ismail, Parit Raja sehingga tingkatan tiga. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Dato Bentara Luar, Batu Pahat dalam aliran sains sehingga ke tingkatan lima.  

Setelah mengambil peperiksaan SPM dan mendapat keputusan yang sederhana sahaja, terus melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Gurney (sekarang Jalan Semarak) dalam bidang Sains dan Pendidikan. Memperoleh Diploma Sains serta Pendidikan pada tahun 1981.  

Mula ditempatkan sebagai guru di SMK Tamparuli, Sabah pada 6 Jun 1981.Sempat belajar jugak bahasa Bajau dan Dusun (Kadazan). Sampai sekarang masih ingat lagi rakan-rakan Sabahan seperti Abd. Manaf, Madly Madiki, Charles Spawa dan lain-lain. Pada 31 Mac 1996 balik bertugas di semenanjung iaitu di Sekolah Dato Penggawa Timur, Masai, Johor.  

Seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda ke Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Gurney pada Julai 1987 (1 tahun - 4SSP) dan berpindah ke UTM Skudai, Johor (1 tahun - 5SSP). Selepas berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), mula bertugas semula di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar pada Mei 1989.  

Pada Disember 1994 bertugas pula sebagai pensyarah di Institut Perguruan Darulaman, Jitra, Kedah sehingga sekarang. Bekerja di bawah Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Teknologi Pendidikan.  

E-Mel : samudin@usa.net   atau   samudin@hotmail.com


[ Kembali ke laman depan ]