Make your own free website on Tripod.com

Keselamatan Makmal Komputer


Keselamatan Perkakasan

Perkara-perkara utama yang berkaitan dengan aspek ini adalah meliputi pemasangan jeriji, plan dan penentuan pemasangan elektrik. Perkara-perkara ini terkandung dalam pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia KP.1486/14/4/Jld.III/(56) bertarikh 18 Oktober 1995.

Pemasangan Jeriji (Grill).

Untuk keselamatan dan mengelakkan kecurian perkakasan komputer, pemasangan jeriji (grill) adalah perlu.

Plan

Saiz fizikal fizikal bilik yang sesuai untuk sebuah makmal komputer adalah berukuran 30 kaki X 25 kaki (7500 mm X 9000 mm). Keluasan tersebut sesuai untuk menempatkan sebanyak 21 buah komputer. Ruang-ruang yang terbuka juga perlu ditutup untuk kesesuaian bagi pemasangan alat pendingin hawa. Lantai jubin (tile) adalah lebih sesuai berbanding lantai simen.

Penentuan Pemasangan Elektrik

Untuk keselamatan serta serta kemudahan penggunaan makmal, aspek pemasangan elektrik perlu diambil perhatian. Adalah dicadangkan supaya sesebuah makmal komputer mempunyai main switch yang tersendiri iaitu khusus untuk bilik tersebut sahaja. Ini adalah penting untuk memastikan semua sumber elektrik dapat diputuskan apabila makmal tersebut ditutup.

Sambungan yang berlebihan kepada satu punca kuasa (overloading) haruslah dielakkan. Talian elektrik hendaklah seberapa sedikit yang mungkin dan terlindung. Segala pengubahsuaian pendawaian elektrik hendaklah dirujuk kepada Bahagian Pembangunan, Jabatan Pendidikan Negeri.

Lokasi Makmal

Makmal yang terletak di tingkat bawah, kawasan yang terpencil atau tersembunyi akan memudahkan berlakunya pencerobohan. Jika sistem saliran kurang sempurna, kejadian banjir akan menyebabkan perkakasan komputer kurang selamat. Adalah dicadangkan agar makmal komputer berada di tingkat atas dan berdekatan dengan bilik guru bagi memudahkan pengawasan.Kedudukan makmal juga mestilah jauh daripada jalan raya.

Alat Pemadam Api

Sesebuah makmal harus dilengkapi dengan alat pemadam api sebagai persediaan jika berlakunya sebarang kebakaran. Ia mestilah diletakkan di tempat yang sesuai di mana paras ketinggiannya haruslah sesuai dengan keadaan fizikal pelajar.

Alat Pendingin Hawa

Penghawa dingin perlu dipasang dalam sesebuah makmal komputer agar makmal dapat ditutup dengan sempurna bagi mengelakkan kemasukan habuk. Keadaan ini diharap dapat meningkatkan jangka hayat sesebuah komputer.

Alat Pendingin Hawa bukanlah semata-mata untuk keselesaan pengguna, tetapi ianya lebih untuk kesempurnaan peralatanh komputer

Penjagaan Perkakasan

Aspek ini meliputi penjagaan perkakasan komputer dan juga yang berkaitan dengannya seperti cakera liut, pencetak dan sebagainya. Aspek penjagaan ini harus didedahkan kepada pelajar diperingkat permulaan atau sebagai pengenalan kepada topik literasi komputer.

Penggunaan Unit Penstabil Voltan (AVR) adalah penting terutamanya di kawasan yang sering mengalami gangguan bekalan elektrik. Penggunaan alat Pelindung Pusuan (Surge Protector) penting untuk mengelakkan kerosakan peralatan disebabkan oleh kilat.


[ Kembali ke depan ]