Make your own free website on Tripod.com

Jenis-jenis Rangkaian

Secara umum, sistem rangkaian boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Rangkaian Setempat (Local Area Network - LAN), Rangkaian Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN) dan Rangkaian Luas (Wide Area Network - WAN).

LAN merupakan rangkaian yang digunakan dalam satu kawasan tertentu yang terhad seperti dalam makmal komputer atau di dalam sebuah pejabat. Ia menghubungkan beberapa komputer peribadi (PC) melalui kabel-kabel yang khas. MAN pula merupakan satu rangkaian yang meliptui kawasan geografi yang lebih besar seperti dalam sebuah bandar atau daerah. Satu contoh MAN adalah seperti sambungan antara perpustakaan dengan agensi-agensi kerajaan. WAN meliputi kawasan yang lebih luas dan disambung melalui talian-talian tertentu seperti talian telefon, kabel gentian optik atau melalui komunikasi satelit.

Jenis-jenis LAN

LAN boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Rangkaian Pengguna Sebaya (Peer to Peer Network) dan Rangkaian Pelanggan Pelayan (Client Server Network). Kedua-dua jenis rangkaian ini mempunyai keupayaan yang berbeza.

Antara perbezaan kedua-dua jenis rangkaian ini adalah