Make your own free website on Tripod.com

Troubleshooting 1


Bagaimana Proses But Dilaksanakan?

Pastikan anda telah menyambungkan sekurang-kurangnya empat komponen. Anda perlukan pembesar suara, papan kekunci, pemacu cakera dan monitor

Beberapa kaedah yang anda perlukan untuk menukar sesuatu

  1. Pertama, LCD akan menyala di beberapa bahagian komponen komputer - pada motherboard, cakera keras, cakera liut, NIC, pencetak, CD-ROM, monitor dan papan kekunci.
  2. Cakera keras selalunya akan berpusing.
  3. Kipas bekalan kuasa dan CPU akan mula berpusing.
  4. Paparan pertama pada monitor adalah samada kiraan memori atau paparan BIOS kad video
  5. Semasa kiraan memori, pembesar suara PC akan berbunyi.
  6. Apabila kiraan memori selesai, cakera liut akan mula dicari (LCD menyala).
  7. Mesej daripada BIOS akan dipaparkan, termasuk versi BIOS, jenis CPUdan sebarang "non-fatal error messages".
Pada ketika ini, POST telah selesai dan proses but bermula.

Bahagian terakhir POST selalunya ialah carta komponen yang dijumpai semasa POST, seperti kelajuan CPU, Kad VGA, Pelabuhan selari, Pelabuhan bersiri, Pelabuhan LPT, Cakera keras IDE, Cakera Liut dan sebagainya.

Selalunya pemacu cakera C dicari dan mula melaksanakan fail sistem . Fail-fail ini selalunya disebut "bootstrap program."

Jika fail sistem tidak dijumpai, BIOS akan memaparkan mesej "Insert Boot disk and press any key" atau sesuatu yang hampir sama. Ini dipanggil "non-fatal error" . Masukkan disket sistem ke dalam pemacu cakera A dan tekan sebarang kunci.

Jika perkara di atas berlaku, anda akan tahu bahawa papan ibu mempunyai keupayaan sekurang-kurangnya melaksanakan POST ROM. POST mempunyai kemungkinan menghadapi masalah "non-fatal errors".

 

Tiada Paparan Semasa But

 

Mesej-mesej POST yang biasa:

  1. Ralat HDD (atau FDD) controller. Selalunya disebabkan oleh sambungan kabel (mungkin terbalik).
  2. Disk Drive 0 failure. Bekalan kuasa mungkin tidak sampai ke cakera keras atau anda tersilap set pemacu dalam CMOS (laksanakan setup). Juga pastikan cakera disambungkan dengan betul ke "controller".
 

Troubleshooting Cakera Liut

Jika lampu LCD sentiasa menyala (tidak padam), periksa sambungan kabel. Kemungkinan besar ianya terbalik.

 

Kaedah Seven-Step Troubleshooting

  1. Tentukan masalah.
  2. Lakukan pemeriksaan biasa berdasarkan panduan/petunjuk atau pengetahuan operasi.
  3. Kenalpasti punca masalah..
  4. Gunakan perkakasan/peralatan diagnostik bagi mengurangkan senarai masalah.
  5. Kenalpasti komponen yang bermasalah.
  6. Kenalpasti komponen yang bermasalah.
  7. Baiki, ganti, catat, dan kembalikan perkakasan kepada spesifikasi asal.Selidiki mengapa komponen tersebut gagal berfungsi.
 

Cara Mengatasi Masalah Biasa

  1. Periksa kabel-kabel, Periksa kabel-kabel, Periksa kabel-kabel.
  2. Buang secondary cache, atau disablekannya dalam Setup.
  3. Kurangkan kelajuan CPU
  4. Gantikan SIMM dengan yang lain.
  5. Gantikan kad video.
  6. Gantikan komponen-komponen tambahan yang kurang perlu, seperti tambahan RAM, sound card, modem, tetikus,Cakera keras tambahan, , NIC, atau sebarang kad pengawal tambahan.
  7. Keluarkan semua cakera keras dan but dengan cakera liut.
  8. Keluarkan motherboard dan pasangkan diluar - mungkin ada "grounded" kepada kasing.
  9. Cuba dengan kabel-kabel lain.
  10. Periksa semula jumper pada motherboard.
  11. Pastikan anda memilih kelajuan bus dan clock multiplier CPU anda.
 

Plan Drastik

 
[ Kembali ke depan ]