Make your own free website on Tripod.com

Perkakasan Komputer : Satu Kajian Amali

 

 

Pengenalan

 

Sesi amali ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta untuk mengkaji dengan teliti komponen-komponen utama sesuatu komputer supaya boleh menjalankan kerja penyelenggaraan perkakasan komputer di maktab masing-masing.

 

Objektif

 

Selepas sesi amali ini peserta kursus akan boleh:-

  1. mengenalpasti komponen-komponen utama dalam komputer jenis IBM klon;
  2. memahami fungsi peranti-peranti komputer;
  3. membuka dan memasang semula komputer;
  4. memahami bagaimana komputer bekerja;
  5. melakukan kerja ‘upgrade’ komputer;
  6. menkonfigur komputer.

 

 

Strategi pembelajaran

 

Sesi ini memberi peluang kepada peserta kursus untuk belajar melalui kerja amali dengan :

    1. membuka komputer (Dis-assemble)
    2. mengenalpasti dan mengkaji bahagian-bahagian dalam komputer
    3. memasang semula komputer (Re-assemble)
    4. menkonfigur semula komputer

 

Semasa melakukan kerja amali peserta kursus dikehendaki mengkaji perkara-perkara tertentu, membuat rujukan, mencatat butir-butir serta membincang dengan rakan kursus dan fasilitator.

 

 

Tajuk Modul Perkakasan Komputer
Latihan 1 Membuka Komputer (Dis-assemble).

 

 

Langkah-langkah kerja:

 

  1. Tutup suis soket dan cabut plag dari soket dinding.
  2.  

  3. Kaji semua kabel yang terpasang pada unit komputer. Tanda dan catat kedudukannya sebelum kabel-kabel ditanggalkan.
  4.  

  5. Pindah unit komputer itu ke satu tempat kerja yang sesuai.
  6.  

  7. Kaji kasing unit sistem dengan teliti, perhatikan pengikat-pengikat (skru) yang ada.
  8.  

  9. Longgarkan dan tanggalkan semua skru yang mengikat penutup kasing. Letak skru-skru yang telah ditanggalkan itu dalam bekas-bekas yang sesuai secara sistematik.
  10.  

  11. Buka penutup kasing dengan perlahan-lahan. Pastikan tidak ada kabel yang tersangkut padanya.
  12.  

  13. Buat satu lakaran yang menunjukkan lokasi komponen-komponen berikut:

 

  1. Kaji dan rekodkan yang berikut:

 

  1. Tanggalkan semua kabel dari pemacu cakera liut dan cakera liat. Tanggalkan skru-skru cakera-cakera itu. Pastikan skru-skru cakera liut tidak tercampur dengan skru-skru cakera liat kerana mungkin saiznya atau panjangnya tidak sama.
  2.  

  3. Tanggalkan semua kabel kuasa dari papan ibu. Tanggalkan unit bekalan kuasa dari kasing sistem.
  4.  

  5. Tanggalkan kad-kad tambah satu per satu.
  6.  

  7. Tanggalkan wayar lain dari papan ibu.
  8.  

  9. Kaji bagaimana papan ibu dipasang pada kasing sistem. Tanggalkan pengikatnya dan secara berhati-hati keluarkan papan ibu dari kasing sistem. Pastikan papan ibu itu tidak dibengkokkan semasa mengeluarkannya.
  10.  

  11. Susun secara sistematik semua bahagian yang telah dikeluarkan di atas meja kerja.

 

 

Tajuk Modul Perkakasan Komputer
Latihan 2 Mengenalpasti Dan Mengkaji Bahagian-bahagian Utama Komputer.

 

 

Langkah-langkah kerja

 

 

  1. Kaji unit bekalan kuasa dan jawab soalan-soalan berikut:

 

  1. Kaji pemacu cakera liut dan pemacu cakera keras serta kabel-kabelnya.

 

  1. Kaji kad-kad antara muka (interface or adapter cards)

 

  1. Letakkan papan ibu pada satu permukaan yang bukan berlogam. Jika ada, gunakan sekeping sepan sebagai tapak meletak papan ibu untuk mengelakkan merosakkannya.

Jenis

Pembuat

Kelajuan dalam MHz

bekalan kuasa

suis set semula

suis turbo

kunci

LED turbo

LED kuasa

pembesar suara

 

 

Tajuk Modul Perkakasan Komputer
Latihan 3 Memasang Semula Komputer (re-assemble)

 

 

Langkah-langkah kerja

 

  1. Selepas membuka, mengenalpasti dan mengkaji semua komponennya, komputer itu mestilah dipasang balik semula. Prosedur memasang semula adalah serupa dengan prosedur membukanya, hanya kali ini ia adalah mengikut turutan terbalik.
  2.  

  3. Jika ada mana-mana bahagian yang sukar dipasang, janganlah gunakan paksaan. Kaji dengan teliti mengapa sesuatu komponen tidak dapat dimasukkan. Penghalangnya mestilah dikenalpasti.
  4.  

  5. Pasang semula papan ibu ke dalam kasing unit system. Pastikan kedudukannya adalah tepat dan tidak akan menyebabkan litar pintas. Pasangkan skru pengikat supaya papan ibu dipegang dengan kukuh. Elakkan daripada menskru terlalu ketat kerana ini boleh memecah papan ibu.
  6.  

  7. Sambung semula semua kabel untuk LED, suis turbo, suis set semula dan sebagainya.
  8.  

  9. Pasang semula unit bekalan kuasa dan menyambung semula wayar-wayarnya pada papan ibu. Pastikan kutub bekalan adalah betul. Jika ia tidak dipasang dengan betul, papan ibu mungkin akan rosak ketika suis bekalan dihidupkan nanti.
  10.  

  11. Pemacu-pemacu cakera mestilah dipasang semula ke tempat yang asal. Pastikan anda menggunakan skru yang betul (asal). Jika skru yang terlalu panjang digunakan, ia mungkin akan tertekan pada papan litar dan memecahkannya atau pun menyebabkan litar pintas. Seterusnya, pasang semula kabel bekalan kuasa diikuti oleh satu hujung kabel data. Bagaimanakah hendak menentukan kabel data dipasang dengan betul?
  12. Pasang semula kad-kad antara muka. Mula dengan kad kawalan cakera (disk controller card / multi I/O card) Sebelum kad ini dimasukkan ke dalam slot tambah, pasangkan satu hujung lagi kabel-kabel data yang tinggal bagi cakera liut dan liat pada tempat penyambungannya. Pastikan ia dipasang mengikut arah yang betul. Pasang juga wayar untuk LED cakera liat jika ada. Kemudian masukkan kad ini ke dalam slot tambah dan ikatkan pemasangannya dengan satu skru.
  13.  

  14. Semak semula untuk memastikan semua komponen telah dipasang semula dengan betul. Pastikan semua kabel dan wayar lain adalah disusun secara kemas dan tidak akan tersangkut dengan mana-mana bahagian yang boleh bergerak apabila komputer dihidupkan nanti. Dinasihatkan anda meminta fasilitator untuk menyemak semula sebelum komputer dihidupkan.
  15.  

  16. Sambungkan kabel-kabel kuasa utama, papan kekunci, monitor dan tetikus dan hidupkan suis soket dinding.
  17.  

  18. Hidupkan monitor dan kemudiannya komputer. Perhatikan LED pada unit sistem. Adakah mereka menyala? Lihat skrin montior sama ada terdapat apa-apa yang dipapar padanya. Dengar juga sama ada terdapat satu beep bunyi dari pembesar suara. Jika komputer yang baru siap dipasang semula boleh berfungsi, awak akan dapat lihat penanda-penanda LED pada unit sistem dan juga papan kekunci menyala, dengar satu beep dan teks dipaparkan pada skrin monitor. Jika tidak ada tanda-tanda yang tersebut di atas, awak perlu dengan cepatnya matikan komputer. Tentulah ada sesuatu yang tidak betul. Kesanlah mana kesilapan itu.
  19.  

  20. Kemungkinan besar awak akan dapat dengar satu beep serta melihat LED menyala, tetapi mungkin ada utusan ralat (error messages) akan ditayang pada skrin monitor. Ini adalah biasa kerana komputer itu perlu dikonfigur semula sebelum ia boleh berfungsi dengan sempurna.
  21. Pasang semula penutup kasing dan skrukannya.

 

 

 

Tajuk Modul Perkakasan Komputer
Latihan 4 Mengkonfigur Semula Komputer.

 

Langkah-langkah kerja

 

  1. Apakah pengkonfigurasi perkakasan komputer atau "CMOS Setup"?
  2. Sesebuah komputer boleh terdiri dari berbagai kombinasi peranti perkakasan yang dipasang dalamnya. Ia boleh mempunyai satu atau dua pemacu cakera liut, satu atau dua cakera keras dengan keupayaan muatan yang berbeza, monitor jenis VGA, CGA atau EGA, yang berwarna atau yang monokrom. Jumlah ingatan RAM yang dipasang juga boleh berbeza-beza dari satu komputer ke satu komputer. Untuk membolehkan komputer berkerja, sistem operasi memerlukan maklumat tentang jenis-jenis peranti perkakasan yang dipasang dalamnya. Maklumat ini disimpan dalam ingatan RAM CMOS dan ia akan tetap kekal selagi ada bekalan kuasa elektrik dari sebiji bateri sokongan. Setiap kali peranti baru dipasang, maklumat tambahan perlu dimasukkan ke dalam ingatan CMOS RAM. Apabila komputer dihidupkan, komputer semasa rutin POST, akan mengenalpasti jenis-jenis peranti yang dipasang padanya dan membandingkannya dengan maklumat konfigurasi yang disimpan dalam ingatan RAM CMOS. Jika terdapat perbezaan, utusan ralat akan dipapar pada skrin monitor dan "CMOS Setup" harus dijalankan.

     

    Dalam system 386, konfigurasi CMOS terdiri daripada dua peringkat:

     

    Standard System Configuration

    Advanced System Configuration

     

    Standard System Configuration adalah untuk peranti-peranti dan konfigurasi biasa seperti tarikh, masa, pemacu cakera, ingatan dan jenis monitor.

     

    Advanced System Configuration adalah untuk mengesetkan ciri-ciri tertentu supaya mempertingkatkan kemampuan komputer. Bagaimanapun, haruslah diingatkan bahawa jika ciri-ciri tertentu di bawah Advanced System Configuration tidak disetkan dengan betul, komputer boleh menghadapi masalah konflik di antara peranti dengan peranti atau dengan program.

     

  3. Cara menghidupkan utiliti BIOS Setup atau CMOS Setup.
  4.  

    Terdapat 3 cara untuk melakukan Standard System Configuration :

     

    Gunakan utility BIOS Setup yang terdapat dalam cip BIOS. Pembuat cip BIOS yang berlainan memerlukan cara yang berlainan untuk menghidupkan utilitinya. Biasanya utiliti BIOS Setup boleh dihidupkan dengan cara berikut:

    - tekan kekunci "Alt-Ctrl-Esc" secara serentak

    - tekan "Del"

    - tekan kekunci "F1"

    semasa rutin POST.

     

    Jika tidak mengetahui kombinasi kekunci untuk ditekan, tekanlah mana-mana kekunci sambil menghidupkan komputer. Satu utusan ralat diikuti oleh cara menghidupkan utiliti BIOS Setup akan dipapar pada skrin monitor.

     

    Gunakan disket utility setup yang disediakan oleh pembuat komputer. Contohnya, NEC, EPSON dan COMPAQ mempunyai disket utiliti sendiri

     

    Gunakan perisian diagnostik seperti QAPLUS untuk melakukan konfigurasi perkakasan.

     

  5. Perkara-perkara berikut perlu dikonfigurkan dibawah Standard System Configuration :

 

Date/Time/Daylight Saving : Butir-butir tarikh dan masa boleh dimasukkan terus secara menaipkannya atau dengan cara menekan kekunci ­ atau ¯ ataupun kekunci <PgUp> dan <PgDn>. Cip BIOS buatan AMI mempunyai pilihan Daylight Saving yang membolehkan masa dilaraskan secara automatik, iaitu satu jam ditambah apabila masa daylight saving di USA bermula dan satu jam ditolak apabila masa standard bermula.

 

Floppy Drives : Merekodkan jenis pemacu cakera liut yang dipasang sebagai pemacu A dan B. Jenis-jenis pilihan boleh terdiri daripada :

- Not installed

- 5.25 Inch 360 KB

- 5.25 Inch 1.2 MB

- 3.5 Inch 720 KB

- 3.5 Inch 1.44 MB

- 3.5 Inch 2.88 MB (hanya dalam system terbaru)

 

Hard Disk Type : Terdapat 46 jenis cakera keras yang disenaraikan. Jika jenis cakera keras yang dipasangkan tidak disenaraikan, butir-butir cakera keras itu boleh ditaipkan masuk di bawah Type 47. Pilihan "Not Installed" digunakan jika tidak ada cakera keras dipasangkan ataupun cakera keras jenis SCSI dipasangkan. Jenis cip BIOS yang terkini juga ada fitur Auto detect hard Disk yang boleh mengesan secara automaik jenis cakera keras yang dipasang.

 

Primary Display : Merekodkan jenis monitor yang dipasangkan. Pilihan boleh terdiri daripada :

- Monochrome

- Colour 40x25

- Colour 80x25

- VGA, PGA/EGA

 

Keyboard : Merekodkan sama ada papan kekunci dipasang atau tidak. Komputer yang beroperasi sebagai terminal paparan sahaja tidak memerlukan papan kekeunci.

 

 

Advanced System Configuration membolehkan perkara-perkara berikut dikonfigur:

 

Typematic Rate Delay: Ini membolehkan pengguna untuk menentukan jangka masa di antara tekanan kekunci dan tindakbals fungsi (typematic function) itu dilaksanakan.

 

Typematiic Rate (Chars/Sec) : Ini menentukan kadar sesuatu karacter diulangkan apabila kekuncinya ditekan berterusan.

 

Above 1MB Memory Test : Ini menentukan sama ada semua ingatan RAM atau hanya ingatan RAM 1MB yang pertama sahaja diuji semasa rutin POST.

 

Memory Test tick Sound : Menentukan sama ada bunyi hitungan ingatan RAM kedengaran atau tidak.

 

Memory Parity Error Check : Menentukan sama ada pariti ingatan RAM diuji atau tidak semasa rutin POST.

 

Hard Disk Type 47 RAM Area : Menentukan lokasi untuk menyimpan maklumat mengenai cakera keras jenis type 47.

Wait for F1 Any Error: Menentukan sama ada utusan ralat akan dipaparkan sekiranya terdapat masalah diagnostik timbul semasa rutin POST.

 

System Book Up Num Lock : Menentukan sama ada "Num-Lock" pada papan kekeunci dihidupkan secara automatik atau tidak selepas komputer dibutkan.

 

Numeric/Weitek Processor(s) : Perlu disetkan jika cip kopemproses dipasang.

 

Floppy Drive Seek At Boot : Menentukan sama ada komputer akan mengesan pemacu liut A semasa rutin but.

 

System Boot Up Sequence : Menentukan sama ada komputer akan mencari sistem operasi di pemacu liut A atau terus membut dari pemacu keras C.

 

Cache Memory: Perlu disetkan jika ingatan Cache dipasang dalam komputer.

 

Fast Gate A20 Option : Opsyen ini melajukan akses komputer terutamanya jika sistem rangkaian digunakan.

 

Password Checking Option: Membolehkan kata kunci digunakan untuk mengawal penggunaan komputer oleh pihak yang tidak dibenarkan.

 

System ROM Shadow : Jika disetkan, maklumat dari ROM BIOS akan disalin ke ingatan RAM. Ini akan membolehkan komputer mengaksesnya dengan lebih cepat.

 

 

[ Kembali ke Laman Depan ]