Make your own free website on Tripod.com
Trouble Shooting 2


Didalam semua keadaan kendalian, komputer merupakan mesin yang kebolehpercayaan upayanya tidak diragukan. Walau bagaimana pun, seperti mesin yang lain, ia juga "wear-out" dan kadang kala gagal berfungsi. Komputer tidak "burn-out" tetapi "wear-out" atau "force-out" oleh ragam penggunaan manusia yang salah dan kebolehpercayaan tahanan komponen yang mempunyai piawaian tertentu.

Masalah yang ditimbulkan oleh komputer kadangkala merupakan masalah kecil yang tidak memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi mengenai komputer untuk menyelesaikan nya, malah boleh di selesaikan oleh seorang yang mempunyai pengetahuan asas penyenggaraan komputer.

Tugas utama pembaik PC ialah mengenali komponen yang gagal berfungsi. "Troubleshooter" menggunakan segala peralatan perkakasan dan perisian tidak lupa juga deria manusia, untuk mengasingkan dan mengesan komponen yang gagal berfungsi.

Di bawah dicadangkan beberapa cara bagi mengesan masalah yang timbul:-

  1. Pertama pemeriksaan visual. Beberapa masalah boleh dikesan dengan mudah melalui pandangan mata.
  1. Dengarkan, kebanyakan komponen PC mengeluarkan bunyi dan ini boleh memberi maklumat berguna:-
  1. Pemeriksaan deria yang lain.
  1. Ujian tekanan dan ketahanan.
  1. Ujian isyarat.
Ini adalah cara terakhir jika semua cubaan yang dilakukan tidak menyelesaikan masalah. Ini lebih komplikated, memerlukan peralatan khas, dokumen dan gambarajah sistem dan pengetahuan yang mendalam mengenai sistem juga elektronik. Antara peralatan, dokumen dan perisian yang perlu dan dicadangkan:-
  1. Peralatan (instruments)
  1. Dokumen.
  1.  Perisian.
 
  1. Alat tangan.
 

Utamakan Keselamatan.

Komputer adalah mesin yang selamat digunakan. Alat periferalnya pun selamat. Walau bagaimana pun, ia beroperasi menggunakan elektrik, dengan itu akan terdapat kemungkinan-kemungkinan bahaya. Elektrik mesti dikendalikan dengan betul dan berhati-hati - jika tidak ia boleh mencederakan malah boleh membunuh.

Antara langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian ketika melakukan kerja-kerja pembaikan komputer ialah:-

  Tabiat Baik Yang Perlu Diingat.

Satu perkara yang kerap berlaku apabila membaiki komputer terutama bahagian dalam komputer, selalunya ia berakhir dengan lebihan terutama sekeru. Kehilangan sekeru di sana sini mungkin tidak merosakan apa-apa, tetapi jika kita melakukan kerja pembaikan pastikan ia dilakukan dengan betul dan sempurna.

Di sini ada tip yang boleh membantu anda ketika membaiki komputer terutama di bahagian dalam komputer.

Cakera Sistem Atau Boleh But.

Cakera sistem atau boleh but, ialah cakera liut yang mengandungi cukup sistem operasi untuk but komputer.

 Ingat fail IO.SYS, MSDOS.SYS dan COMMAND.COM - fail tersebut merupakan sebahagian daripada fail DOS yang membolehkan komputer di but. Selalunya PC anda but daripada cakera keras, tetapi ia juga boleh di but dari cakera liut yang dimasukan ke pemacu `A’.

  Kenapa Perlu Cakera Sistem.

Anda perlukan cakera sistem untuk mengelakan bencana yang mungkin menimpa komputer anda. Anggaplah cakera sistem sebagai cakera kecemasan.

 Berikut antara alasan kenapa setiap pengguna PC mesti mempunyai cakera sistem di di di simpan di tempat yang selamat.

 

Apa Yang Ada Di Dalam Cakera Sistem.

Cakera sistem merupakan cakera liut biasa yang mengandungi empat perkara utama:-

Cakera sistem selalunya mempunyai dua lagi fail - CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT. Juga beberapa fail seperti FDISK.EXE, FORMAT.COM, SYS.COM, CHKDSK.EXE dan sebagainya.

Menyediakan cakera sistem

Arahan DOS

Langkah untuk membantu menyediakan cakera sistem menggunakan arahan DOS.

  1. Masukan cakera liut baru yang belum digunakan dalam pemacu A atau B terpulang kepada pemacu mana yang digunakan.
  1. Di prom DOS, taipkan CD\DOS dan ENTER.
  1. Di prom C:\DOS> taipkan FORMAT A:/S/U.
  1. FORMAT akan prom anda untuk memasukan cakera baru ke dalam pemacu. Oleh kerana cakera sudah sudah ada - tekan ENTER.
  1. Format akan prom anda untuk menamakan label kandungan yang hanya merupakan nama untuk cakera itu. Label kandungan adalah pilihan - tekan saja ENTER.
  1. Sistem akan tanya anda sekiranya hendak melaksanakan format lagi. Tekan N untuk menamatkan arahan FORMAT.
  1. Labelkan cakera tersebut dengan nama "CAKERA SISTEM" dan simpan dengan baik.
 

Arahan Window.

Langkah ini untuk membantu menyediakan cakera sistem menggunakan arahan Window.

  1. Cari ikon Fail Manager dalam program Main dan klik dua kali untuk mengaktif Fail Manager.
  2. Di Fail Manager pilih menu Disk.
  3. Dari menu Disk, pilih Format Disk. Kotak dialog Format Disk akan dipaparkan.
  4. Dari senarai Disk In pilih pemacu A atau B, mana yang berkenaan.
  5. Dari senarai Capacity, pilih kapasiti yang sesuai untuk pemacu A atau B.
  6. Klik kotak Make System Disk supaya aktif.
  7. Klik OK. Kotak dialog akan terpapar yang mana memberi amaran mengformat akan memadamkan semua data yang dalam cakera.
  8. Jika semuanya OK klik Yes. Jika rak pasti klik No dan kembali ke langkah 4.
  9. Anda akan ditanya sama ada ingin mengformat cakera lagi. Klik No.
  10. Label cakera dengan nama "CAKERA SISTEM" dan disimpan dengan selamat.
Arahan Windows 95.
  1. Start
  2. Setting
  3. Control Panel
  4. Add/Remove Program
  5. Startup Disk
  6. Create
nda terlupa menggunakan suis /S ketika mengformat cakera, jadi calon itu tidak boleh but. Tetapi Setting

Control Panel

Add/Remove Program

Startup Disk

Create

Menambah fail sistem kepada cakera yang sudah di format supaya boleh but.

Anda terlupa menggunakan suis /S ketika mengformat cakera, jadi calon itu tidak boleh but. Tetapi anda ingin masukan fail sistem tanpa mengganggu fail-fail yanag ada dalam cakera. Ini boleh dilakukan dengan mudah hanya dengan satu arahan sahaja.

  Arahan DOS
  1. Memasukan cakera yang telah diformat ke dalam pemacu pilihan anda.
  2. Pada prom taip SYS A: atau SYS B:. Selepas beberapa ketika mesej dipaparkan menyatakan sistem telah dipindahkan ke cakera.
 

 

Arahan Window
  1. Buka Fail Manager, dari menu Disk pilih Make System Disk. Kotak dialog Make System Disk dipaparkan.
  2. Dari senarai pemacu pilih pemacu dimana cakera di masukan.
  3. Klik OK.
 

Menganalisa Kod Dan Mesej Ralat Serta Bunyi Beep

Komputer selalunya menunjukan masalah dengan mengeluarkan salah satu daripada tanda ralat seperti berikut:-

Mesej-mesej ini berubah dari satu komputer ke komputer yang lain, bergantung ke pada sistem BIOS yang digunakan.

Antara pengeluar BIOS yang popular adalah AMI, AWARD, PHOENIX & IBM

 Bunyi Beep Ralat

Jika sistem komputer anda mempunyai masalah perkakasan yang dikesan sebelum sistem video di laksanakan, komputer tidak dapat menunjukan kod ralat atau mesej ralat. Ini bermaksud anda tidak dapat sebarang maklumat pada skrin monitor.

Tetapi melalui bunyi beep kita akan dapat idea mengenai masalah yang berlaku.

Berikut adalah jadual beberapa bunyi beep yang berhubungkait dengan sistem yang menggunakan BIOS AMI.
1beep pendek atau berterusan Litar segar semula (refresh) gagal - DRAM
2 beep pendek Litar Pariti gagal - RAM
3 beep pendek berterusan dengan berhenti-henti 64k yang pertama gagal
4 beep pendek ‘Timer’ tidak beroperasi
5 beep pendek Ujian daftar CPU gagal
6 beep pendek Kawalan papan kekunci ‘line Gate A20’ gagal beroperasi
7 beep Ralat pemproses sampukan
1 panjang dan 8 beep pendek Ingatan paparan baca/tulis gagal
9 beep pendek Ujian ‘extended’ pemproses gagal
10 beep pendek ‘CMOS shut down register’
Kod Ralat.

Apabila anda mempunyai masalah perkakasan yang dikesan oleh komputer selepas subsistem video dilaksanakan, komputer sama ada mengeluarkan kod ralat atau mesej ralat, bergantung kepada ROM - BIOS yang digunakan. Kod ralat ini dapat memberikan idea jenis masalah yang komputer kita hadapi.

Mesej Ralat

Terdapat dua jenis mesej ralat.

Perisian

Mesej perisian dihasilkan oleh sistem operasi atau aplikasi. Mesej terdapat selalunya selepas anda boot sistem operasi atau bila anda menjalankan program aplikasi. Jika anda ketemu mesej jenis ini, rujuk kepada manual apalikasi atau sistem operasi untuk bantuan.

Sistem

Ralat sistem menunjukan masalah terhadap komputer sendiri. Ia selalunya ditunjukan ketika POST (Power-On Self Test), sebelum sistem operasi memaparkan prom.

Disini kita akan fokuskan kepada mesej ralat sistem.

 Memperbetulkan Keadaan Ralat

Sebagai peraturan biasa, jika berlaku mesej ralat seperti berikut "Press F1 to continue", ini disebabkan masalah konfigurasi, yang mana mudah untuk diperbetulkan. Peralatan tidak berfungsi selalunya menyebabkan ralat yang teruk seperti kegagalan sistem.

Antara tindakan pembetulan untuk mesej ralat

  1. Jalankan set semula. Anda perlu tahu nilai konfigurasi yang betul untuk sistem anda sebelum memasuki set semula, kerana itu anda perlu tulis konfigurasi yang betul untuk rujukan. Kesilapan konfigurasi semula merupakan penyebab utama mesej ralat POST, terutama untuk sistem yang baru.
  2. Periksa secara melihat sama ada kipas bekalan kuasa berfungsi. Jika tidak periksa sambungan kuasa ke unit sistem atau komputer anda.
  3. Periksa semua penyambung - penyambung video, penyambung pelabohan selari (paralle port) atau penyambung rangkaian supaya semuanya dihubung dengan kemas.
 

Jika anda masih menghadapi masalah, pemeriksaan dalaman adalah perlu.

  1. Bukakan penutup unit sistem, ikuti arahan dalam panduan pemasangan. Periksa ‘jumper’ pada papan induk dan papan tambahan di set dengan betul.
  1. Jika anda dapat mencapai Cakera Keras yang baru, itu mungkin disebabkan cakera anda belum lagi di fizikal format. Fizikal format cakera, buatkan ‘partition’, kemudian logikal format sebelum digunakan.
  1. Periksa semua penyambung. Kabel kuasa ke papan induk, pemacu cakera dan lain-lain periferal. Kabel data dan kawalan pemacu cakera.
  1. Jika sekiranya anda masih menerima mesej ralat, ini mungkin disebabkan peralatan tidak berfungi, anda boleh cuba menggantikan peralatan dengan yang baru (new part).
 

Contoh Mesej Ralat.

Mesej
Sebab Mungkin
Penyelesaian
Invalid configuration information please run SETUP program
  • Saiz ingatan tidak betul
  • Jenis paparan tidak di konfigurasi dengan betul
  • Jenis pemacu cakera tidak betul
Jalankan SETUP utiliti dan pilih ‘setting’ yang betul. 

 

 

 

Diskette (FDD) configuration error Konfigurasi tidak betul atau kerosakan pada pemacu cakera
  • Betulkan konfigurasi
  • Periksa FDD
  • Periksa CMOS
Hard Disk (HDD) configuration error Konfigurasi tidak betul atau kerosakan pada pemacu cakera
  • Betulkan konfigurasi
  • Periksa HDD
  • Periksa CMOS
CMOS battery bad Bateri ‘build-in CMOS RAM ‘ telah lemah Gantikan bateri CMOS 

 

Diskette drive 1,0 seek failure Drive B (or A) rosak atau tidak dapat dikesan Periksa FDD 

 

 

Disk Drive reset failure
  • FD ‘adapter’ gagal berfungsi
  • Periksa ‘adapter’ FDD 
 
Diskette read failure
  • Cakera sama ada belum diformat atau rosak
  • Periksa cakera
  • Bersihkan kepala dan periksa pemacu
No boot device available strike F1 to boot
  • Fail sistem rosak
  • Cakera,pemacu atau pemacu keras rosak
  • Cuba pindahkan fail sistem dan boot
  • Periksa Cakera, FDD dan HDD
  • Hard disk controller failure
    • Kad kawalan rosak
    Ganti kad baru.
    No boot sector on hard disk
    • Fail sistem pemacu C rosak atau bukan ‘bootable’
    • Cakera C mungkin belum diformat
  • Periksa fail sistem HD
  • Pindahkan fail sistem
  • Format pemacu
  •  

     

    Hard disk failure
    • Kawasan sistem rosak, jadual‘partition’ rosak
    • Cakera keras rosak
  • Cuba boot. Cuba jalankan perisian diagnostik dan baiki kawasan sistem
  • ganti cakera keras
  • Keyboard failed Sama ada papan kekunci atau penyambungan kabel papan kekunci rosak Periksa papan kekunci dan sambungan kabel 
    Keyboard is locked please unlock Kunci papan kekunci aktif Buka kunci papan kekunci
     But Langkah Tunggal.

    Jika anda mengesyaki masalah sistem disebabkan oleh "driver" atau "setting" dalam CONFIG.SYS, anda boleh menjalankan but langkah tunggal (single-step boot) jika anda gunakan MS DOS versi 6 (kemampuan ini tidak terdapat pada versi MS DOS yang terdahulu. Walaupun anda tiada idea apakah yang silap, but langkah tunggal ini

    Dalam but langkah tunggal, anda boleh laksanakan (excute) setiap baris CONFIG.SYS Selepas semua baris arahan dalam CONFIG.SYS dilaksanakan (sama ada dilaksanakan atau tidak diindahkan), anda mempunyai pilihan untuk memproses AUTOEXEC.BAT. Jika anda pilih untuk proses AUTOEXEC.BAT - semua barisan dalam fail tersebut akan dilaksanakan - anda tidak boleh langkah tunggal AUTOEXEC.BAT.

      Pengasingan Masukan CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT Bagi Versi MS DOS Bukan Versi 6.

    Jika anda menggunakan versi DOS selain MS DOS 6, anda tidak boleh melakukan but langkah tunggal. Anda masih boleh melaksanakan pengasingan masukan CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT .

     Sunting CONFIG.SYS.

    1. Sunting CONFIG.SYS dan komen semua baris arahan kecuali yang pertama. Komen barisan arahan CONFIG.SYS dengan meletakan koma bertindih pada permulaan baris arahan.
    2. But semula komputer dan perhatikan sama ada berlaku masalah atau ralat.
    3. Jika masalah atau ralat tidak berlaku, sunting semula CONFIG.SYS dan padamkan titik bertindih pada baris arahan tadi dan letakan pula di baris berikutnya.
    4. But semula komputer dan perhatikan, jika tiada masalah atau ralat teruskan dengan barisan arahan yang lain sehingga tamat.
     

    Sunting AUTOEXEC.BAT.

    1. Sunting baris arahan AUTOEXEC.BAT dengan meletak REM pada permulaan baris arahan.
    2. But semula sistem dan perhatikan jika berlaku masalah atau ralat.
    3. Jika tiada ulang langkah 1 dengan baris arahan berikutnya.
     

    But Bersih 

    Jika sekiranya komputer anda lansung tidak boleh but kerana masalah kombinasi arahan CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT, satu cara penyelesaian ialah but bersih.

    1. Tekan Ctrl-Alt-Del atau punatekan set semula untuk but semula.
    2. Perhatikan mesej Starting MS DOS....... dan ketika ia masih dipaparkan tekan F5.
    3. Apabila DOS prom terpapar (jika ada), anda boleh mula mencapai CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT dan semak dengan salinan dalam simpanan anda. Perhatikan sebarang perubahan yang telah anda lakukan. Dan cuba sunting semula.
     
    [ Kembali ke Laman Depan ]