Make your own free website on Tripod.com

Virus.

 

 

 

Pengenalan

 

 

Virus komputer adalah program komputer - tidak lebih dan tidak kurang. Virus komputer tidak timbul secara "ajaib", ia ditulis oleh seseorang dengan maksud tertentu. Virus komputer berupaya merebak dan menjangkiti program lain pada sistem komputer. Untuk mencegah komputer daripada dijangkiti oleh virus, adalah lebih baik jika kita mengetahui bagaimana virus bekerja.

 

 

Objektif

 

 

Diakhir modul ini diharapkan peserta dapat memahami bagaimana virus bekerja. Seterusnya dapat mempelajari kaedah menghapuskan virus yang menyerang sistem komputer serta melakukan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sistem komputer dari dijangkiti virus.

 

 

Strategi.

 

Teori dan Amali.

 

 

 

Alatan.

 

 

 

Isi Kandungan

 

 

Biasanya virus komputer adalah tersembunyi (hidden). Program aplikasi yang dijangkiti virus adalah salah satu cara utama virus komputer merebak. Setiap kali program dilaksanakan, program virus juga dilaksanakan. Virus kemudiannya ‘replicate’ dan merebak serta menganggu sistem seperti memaparkan mesej, memberhentikan operasi, memformat cakera keras dan sebagainya.

 

Jika Program aplikasi yang terinfeksi dipindahkan kepada komputer lain, komputer tersebut boleh dijangkiti virus.

 

  1. Bagaimana Virus Memasuki Sistem Komputer Anda

 

Virus boleh memasuki sistem komputer dengan dua cara :

 

  1. Melalui salinan program atau fail dari cakera
  2. Melalui proses "replikasi" virus itu sendiri.

 

Komputer yang dilengkapi dengan modem boleh dihubungkan dengan komputer lain. Virus boleh memasuki komputer anda melalui proses "downloading’. Banyak virus komputer menyerang fail .EXE dan .COM. Ini menyebabkan pembesaran saiz fail dan seterusnya mengubahsuai fail tersebut. Terdapat juga virus yang menyerang fail dokumen, misalnya virus Winword.Concept.

 

Satu cara lagi virus komputer merebak adalah melalui sektor but (boot sector) cakera. Apabila virus menyerang sektor but, ia dapat mengawal komputer setelah komputer di aktifkan.

 

 

  1. Cara mengatasi masalah komputer.

 

 

Kaedah Pertahanan.

 

Masukkan perisian anti virus jenis TSR (berada dalam memori). Contohnya ARMOUR, DR SOLOMON dan sebagainya. Dengan cara ini , virus akan dapat dikesan secara automatik setiap kali cakera di akses.

 

Kaedah Pemulihan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tajuk Modul Perisian Utiliti : Anti Virus
Latihan 1 Memasukkan perisian anti virus ke dalam cakera keras dan melaksanakannya.

 

 

  1. Langkah-langkah untuk dilaksanakan.
  2.  

     

  3. Install perisian anti virus ke dalam komputer anda.
  4.  

     

  5. Laksanakan perisian tersebut untuk mengesan virus dalam disket. Berikan nama virus yang ada dalam disket tersebut.
  6.  

     

  7. Hapuskan virus tersebut dengan menggunakan perisian yang ada mengikut prosedur yang betul.
  8.  

     

  9. Ulang Langkah 1 hingga Langkah 3 dengan menggunakan perisian anti virus lain yang disediakan.

 

 

[ Kembali ke Laman Depan ]