Make your own free website on Tripod.com
Pemasangan Kad Tambahan Dan Konfigurasi
 

Suis DIP dan jumpers.
 
Adapter dan papan ibu (motherboard) biasanya memerlukan konfigurasi sebelum anda memasang kad-kad tambahan. Proses konfigurasi termasuk set suiz-suiz kecil yang dipanggil suiz DIP (Dual-In-line-Package). Setiap suiz individu DIP mempunyai dua kedudukan iaitu "On" dan "Off". Biasanya anda perlu set pilihan suiz di kad adapter untuk menkonfigurasi beberapa pilihan.

Terdapat juga adatper yang mempunyai jumper. Jumper ialah satu plug kecil bersegi empat yang boleh dipasang di pin-pin. Apabila jumper dipasang di pin, ia akan membuat sambungan elektrik di antara dua pin.

Seperti juga suiz DIP, manual pemasangan untuk sesuatu peranti akan memberikan satu jadual atau keterangan mengenai pin mana yang perlu set jumper untuk sesuatu opsyen.

   Penyambungan Kabel-Kabel
 
Kebanyakan adapter memerlukan anda menyambung peranti lain ke adapter ini dengan menggunakan kabel. Kabel-kabel ini nipis dan leper yang dibuat daripada beberapa wayar berbalut yang menjadikan seperti ribon.Wayar di satu tepi biasanya berwarna merah. Sebelah berwarna ini hendaklah disambungkan ke pin nombor satu di sambungan adapter. Sambungan di adapter biasanya mempunyai nombor 1 dicetak di papan untuk menunjukkan kedudukan pin 1.
 

Penetapan IRQ
Setengah adapater memerlukan penetapan IRQ (Interrupt Request Line). Apabila adapater perlu perhatian CPU, ia akan memberi signal kepada CPU dengan menggunakan satu daripada talian IRQ. Setiap talian IRQ dikenalpasti dengan satu nombor. Setiap peranti perlu ada IRQ nya tersendiri. Pengecualian ialah kepada sistem bus EISA dan MCA yang membenarkan peranti berkongsi talian IRQ. Apabila anda memasang peranti baru, anda boleh semak IRQ yang masih ada dengan menggunakan perisian utiliti seperti QAPLUS. Berikut ialah contoh penetapan IRQ
 

IRQ Peranti
NMI Non-Maskable Interrupt, reports parity errors
0 System timer
1 Keyboard
2 EGA/VGA
3 COM2 atau COM4
4 COM1 atau COM3
5 LPT2 (Printer port2)
6 Pengawal Cakera liut atau cakera keras
7 LPT1 (Printer port1)
8 Real-time clock interrupt
9 Software redirected to IRQ2
10 Available
11 Avilable
12 Available
13 Math Coprocessor
14 Pengawal cakera keras
15 Available, atau pengawal cakera keras.
 
Kebanyakan adapter memberikan jumper untuk anda konfigur penetapan IRQ. Bagaimana pun ada setengah adapater membekalkan program untuk konfigur IRQ. Selalunya semak manual yang dibekalkan.
 

Penetapan DMA.
 
Setengah peranti seperti kad suara dan pemacu CD-ROM perlu mencapai ingatan. Mereka melakukan dengan membuat pemintaan kepada CPU dan CPU kemudiannya menulis ke ingatan untuk peranti ini. Menyuruh CPU melakukan semua capaian ingatan akan melambatkan keseluruhan sistem, terutamanya peranti seperti kad suara. Dalam keadaan ini, DMA boleh menyelamat. Terdapat beberapa saluran DMA di dalam komputer di mana peranti boleh guna untuk menulis terus ke ingatan, tanpa melalui CPU. Berikut ialah contoh beberapa saluran DMA.
 

Saluran DMA Penetapan
0 RAM refresh, XT only: available on AT-class system
1 Harddisk controller, XT only; available on -class systems
2 Floppy controller
3 Available (for 16-bit cards only)
4 Available (for 16-bit cards only)
5 Available (for 16-bit cards only)
6 Available (for 16-bit cards only)
7 Available (for 16-bit cards only)
 

Setengah saluran DMA digunakan oleh sistem. Saluran DMA seperti juga penetapan IRQ, memerlukan konfigurasi jumpers, suiz DIP atau menjalankan perisian yang datang bersama peranti.
 

Alamat Asas Input Output.
 

Terdapat satu julat alamat ingatan di dalam komputer yang dikhaskan kepada I/O di antara beberapa peranti di dalam PC dan CPU. Peranti menggunakan alamat ini untuk berkomunikasi dengan CPU dan sebaliknya. Apabila anda membuat konfigurasi sesuatu adapter ianya memerlukan penetapan alamat I/O.

Oleh itu anda perlu tetap satu alamat kepadanya yang tidak digunakan oleh peranti lain. Contohnya adapter multifungsi (Multi I/O card) mempunyai port komunikasi berikut: serial port yang dilabel sebagai COM1 dan COM2., port LPT (Line Printer) dan port permainan (untuk kayu ria). Port serial COM1 selalunya diberikan alamat 3F8 hingga 3FF. Port LPT juga memerlukan penetapan IRQ dan alamat asas I/O.
 

COM Port Alamat asas I/O IRQ
COM1 03F8 4
COM2 02f8 3
 

 
Memasang Pemacu CD-ROM.
 
Terdapat beberapa pekej multimedia di pasaran sekarang ini. Untuk memasang pemacu CD-ROM sila ikut langkah berikut:

 
Memasang Modem.
 
Fungsi utama modem ialah menukar data siri yang datang dari satu komputer ke satu signal yang boleh disambungkan ke talian telefon ke komputer lain. Modem berfungsi sebagai terjemah yang membolehkan komputer anda berkomunikasi dengan komputer lain melalui talian telefon. Anda juga perlu perisian komunikasi untuk mengawal modem dan memberikan sokongan untuk fungsi-fungsi seperti pindahan fail yang membolehkan anda menghantar dan menerima fail. Fax-moderm berfungsi seperti modem tetapi ianya mempunyai keupayaan menerima dan menghantar faks.

Berikut adalah panduan semasa memasang fax-modem:

 
[ Kembali ke laman depan ]