Bab

Pengenalan Kepada Visual Basic 6

2

 

Objektif

Selepas mengikuti bab ini anda dapat:

1)      Memulakan program pengaturcaraan Visual Basic,

2)      Mengenal pasti jenis-jenis fail yang boleh dihasilkan oleh Visual Basic,

3)      Mengenal pasti jenis-jenis tetingkap dalam persekitaran Visual Basic,

4)      Menyatakan fungsi tetingkap-tetingkap dalam persekitaran Visual Basic, dan

5)      Menyatakan kegunaan objek-objek dalan tetingkap Toolbox.

Memulakan Visual Basic 6

1)      Tekan butang Start pada windows desktop, pilih menu Program, diikuti oleh Microsoft Visual Studio 6.0 dan akhirnya klik Microsoft Visual Basic 6.0.

Text Box:

 

 

 

 

 

 

 

2)      Selepas anda membuka Visual Basic 6.0, kotak dialog New Project berikut akan dipaparkan.

Text Box:

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat 10 ikon pilihan untuk hasilkan pelbagai jenis fail/projek.

 

R        Standard.EXE , program biasa

R        ActiveX.EXE , program untuk membolehkan program lain mengakses datanya.

R        ActiveX.DLL , ( dynamiclink library ) merupakan fail kumpulan prosedur dan fungsi yang boleh di akses oleh program lain.

R        ActiveX Control , komponen yang boleh ditambah kedalam perisian anda.

R        ActiveX Document .DLL dan .EXE merupakan program yang diubah suai untuk membolehkan ia berfungsi dengan program Web Browser, seperti Internet Explorer , Netscape Navigator dan lalin-lain.

R        Add-in, fail yang boleh ditambah ke dalam pengaturcaraan Visual Basic. Boleh digunakan untuk menjalankan program secara automatik.

R        VB Application Wizard , aplikasi untuk membantu anda membina aplikasi Visual Basic

R        Internet Information Servis (IIS) Application , digunakan untuk memproses keperluan browser dan tindakan pada event dalam browser dan menggunakan HTML dalam antaramuka pengguna.

R        DHTML Aplication (Dinamik HTML), menggunakan Visual Basic untuk memproses event dalam HTML.

 

Nota:

1.            Untuk menyediakan aplikasi Visual Basic anda perlu membuka fail standard.EXE. Terdapat tiga tab pada kotak dialog untuk membuka Visual Basic iaitu :

 

R        New , untuk membina fail Visual Basic yang baru.

R        Existing, untuk membuka fail Visual Basic yang sedia ada, sama ada dalam disket atau cakera keras.

R        Recent, mengandungi senarai fail projek yang pernah anda buka.

Persekitaran Visual Basic

Persekitaran Visual Basic adalah tempat untuk membina dan menguji program.  Untuk membuka program Visual Basic yang biasa, pilih Standard.EXE.  Klik Open dan mulakan projek baru. Suatu tetingkap Visual Basic seperti rajah berikut akan dipaparkan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Setiap kali program Visual Basic di buka terdapat enam tetingkap yang akan dipaparkan:

 

R        Tetingkap Utama,  mengandungi Bar Judul yang memaparkan nama projek, Bar Menu Drop-down, dan Toolbar. Toolbar mempunyai butang dan singkatan bagi kebanyakan pilihan menu dan juga mempamerkan kedudukan ‘form’. Ia juga menunjukkan kedudukan ‘form’ semasa dibahagian penjuru kanan atas.

Text Box:

R        Text Box:  Tetingkap Form - ruang bagi menghasilkan rekabentuk antaramuka. Bagi projek yang baru, Visual Basic akan menetapkan nama Form1 sebagai default. Anda boleh menukarkannya kepada nama yang lain apabila projek disimpan.

 

 

 

 

R        Toolbox  - mengandungi tool yang digunakan untuk menempatkan objek di dalam ‘form’. Bilangan objek ini bergantung kepada edisi Visual Basic yang digunakan.

 

Text Box:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Berikut adalah jadual yang menunjukkan kemudahan yang disediakan oleh setiap objek:

 

 

Objek

 

Kegunaan

 

 

Pointer

 

 

Untuk mengawal semua objek di dalam form.

(Contoh untuk menggerakkan dan mengubah saiz)

 

 

Picture Box

 

Mengawal teks, rajah, gambar dan sebagainya

 

 

Label

 

 

Kawalan yang memaparkan teks yang tidak boleh diedit

 

Text Box

 

 

Mengawal input dalam bentuk teks

 

Frame

 

 

Kawalan untuk menyatukan objek-objek yang lain

 

Command Button

 

 

Mengawal input untuk ditekan melalui butang

 

Check Box

 

 

Kawalan yang membenarkan pengguna untuk membuat pelbagai pilihan

 

Option Button

 

 

Mengawal input secara pilihan iaitu hanya satu daripada pilihan dipilih

 

Combo Box

 

 

Kawalan untuk senarai data yang pendek

 

List Box

 

 

Mengawal data dalam bentuk senarai

 

Horizontal Scroll Bar

 

 

Kawalan data mendatar

 

Vertical Scroll Bar

 

 

Kawalan data menegak

 

Timer

 

 

Kawalan untuk perlaksanaan aturcara dalam selang-masa tertentu

 

Drive List Box

 

 

Kawalan untuk mencapai pemacu sistem seperti A:, C:, D:, dan sebagainya

 

Directory List Box

 

 

Kawalan untuk mencapai direktori

 

File List Box

 

 

Kawalan untuk mengawal fail dalam direktori

 

Shapes

 

 

Kawalan untuk melukis bulatan, segitiga, segiempat dan lain-lain

 

Lines

 

 

Kawalan untuk melukis garis

 

Image Box

 

 

Kawalan untuk paparan imej

 

Data Tool

 

 

Kawalan untuk menghubungi pangkalan data

 

Object Linking Embedding (OLE)

 

 

Kawalan untuk berinteraksi dengan aplikasi windows yang lain

R        Tetingkap Projek  – akan memaparkan nama-nama fail yang disimpan di dalam projek. Bar Judul memegang nama fail .vbp. Project1 adalah nama default yang diberi oleh Visual Basic selagi anda tidak menukarkannya dengan nama yang lain.  Anda boleh membuka form dengan klik dua kali pada nama form atau klik pada butang view objek dan membuka tetingkap kod dengn mengklik pada butang View Code.

 

 

 

 

 

 


R        Text Box:  Tetingkap Properties  – digunakan untuk set properties bagi objek.  Dengan menggunakan tetingkap ini, objek semasa boleh diubahsuai.  Terdapat dua jenis paparan iaitu :

 

§         Alphabetic – mengikut abjad

§         Categorized – mengikut kategori

 

 

 

 

 

 

 

R        Text Box:  Tetingkap Susunatur Form (Form Layout) - kedudukan form di dalam tetingkap susunatur  Form menunjukkan kedudukan form semasa  projek dijanakan.

 

 

 


 

Latihan Kendiri

1.      Mulakan Visual Basic. Klik tetikus pada item menu File (dari Bar Menu) atau tekan kekunci Alt+F untuk melihat senarai arahan yang ada. Paparkan arahan-arahan tersebut.

2.      Ulangi langkah (1) untuk item-item menu (Edit, View, Project, dllnya) yang terdapat pada Bar Menu.

3.      Nyatakan fungsi setiap tetingkap yang terdapat pada program Visual Basic (Tetingkap Utama,. Tetingkap Form, Toolbox, Tetingkap Projek, Tetingkap Properties, Tetingkap Susunatur Form).

Latihan

1.      Nyatakan sama ada pernyataan berikut benar atau palsu. Jika palsu, jelaskan mengapa

                                                               i.      Terdapat ikon-ikon kawalan pada Toolbox.

                                                             ii.      Tolbox menyediakan satu kaedah mudah dalam pelaksanaan perintah-perintah menu tertentu.

                                                            iii.      Pointer bukan satu kawalan.

                                                           iv.      Frame digunakan untuk menyatukan objek-objek.

2.      Bincangkan kegunaan (i) Tetingkap Projek dan (ii) Tetingkap Form.