Bab

Pengenalan Pengaturcaraan

1

Asas Pengaturcaraan

Dalam bab ini anda akan mempelajari tentang sejarah Bahasa Pengaturcaraan Visual Basic (VB), aturcara berbantukan objek, algoritma, carta alir dan kod pseudo.

Objektif

Selepas mengikuti bab ini anda dapat:

1)      Menjelaskan sejarah pengaturcaraan Visual Basic (VB),

2)      Menerangkan konsep pengaturcaraan berbantukan objek,

3)      Menghuraikan maksud algoritma, pseudokod, dan carta alir.

Program Pengaturcaraan Visual Basic (VB)

Pengasas VB ialah Prof. John Kemedy dan Thomas Kurtz daripada Darmouth College. Ia dibangunkan daripada bahasa BASIC (Beginner’s All-purpose Symbolic Instruction). VB memerlukan penterjemah dan persekitaran Microsoft Windows untuk dilaksanakan (run). Pengaturcaraannya ditulis dalam persekitaran windows yang dikenali sebagai Integrated Development Environment (IDE).

Pembangunan Visual Basic adalah secara berperingkat-peringkat iaitu bermula daripada versi 1.0 pada 1991, versi 2.0 pada 1992, versi 3.0 pada 1993, versi 4.0 pada 1995, versi 5.0 pada 1997, dan versi 6.0 pada 1998. Visual Basic 6.0 mempunyai 4 edisi – iaitu Learning, Professional, Enterprise dan Working Model. Edisi Professional dan Enterprise sesuai bagi pembangunan aplikasi profesional dan kompleks, contohnya yang melibatkan pengurusan pangkalan data yang besar.

Visual Basic merupakan suatu program yang berasaskan Object Oriented Program (OOP).  Ia membolehkan anda membina dan merancang aplikasi berasaskan tetingkap. Visual Basic adalah dibangunkan daripada BASIC, tetapi tidak menggunakan pendekatan prosedur, sebaliknya menggunakan  OOP dan Pengaturcaraan Event-Driven. Menyokong aplikasi 32 bit. Oleh itu aplikasi yang dibina dengan menggunakan Visual Basic 6.0 hanya boleh berfungsi dengan Windows 95 atau Windows NT ( Versi 3.5.1 atau lebih tinggi). Ringkasnya, aplikasinya adalah mesra pengguna.

Visual Basic merupakan program event-driven, bermaksud kod yang dituliskan akan melakukan tindakan kepada event ( seperti menekan butang, memilih menu, …. ) yang dijalankan.  Visual Basic dikawal oleh prosesor event.  Tiada apa-apa akan berlaku sehingga sesuatu event dikesan.  Apabila suatu event dikesan , kod akan bertindakbalas kepada event tersebut  Kawalan program kemudian akan berbalik kepada  prosesor event.

Pengaturcaraan Event-Driven mengandungi kebanyakan ( tetapi tidak semua ) elemen yang terdapat di dalam Pengaturcaraan Berorientasikan Objek ( OOP ). Pendekatan ini membolehkan pengguna hanya perlu menekan butang arahan untuk melaksanakan arahan yang dikehendaki. Tindakan pengguna ini akan menyebabkan event berlaku. Sebagai contoh, pengguna menekan butang arahan yang berlabelkan KIRA. Proses klik pada butang ini akan menyebabkan event Click berlaku, di mana prosedur yang akan melaksanakan proses pengiraan akan dipanggil bagi melaksanakan tugas pengiraan tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 


Menggunakan VB, penulis aturcara dapat:

o        Menyediakan antaramuka grafik dengan mudah,

o        Mengawal pelaksanaan aturcara,

o        Mencapai API,

o        Melakukan aturcara secara berstruktur, dan

o        Mengawal ralat dengan mudah.

o        Pengaturcaraan Berbantukan Objek

Algoritma

Sebelum suatu fail pengaturcaraan komputer ditulis, perancangan awal merupakan amalan utama yang perlu dibuat. Penghasilan algoritma merupakan perkara pertama bagi menyelesaikan masalah dalam penyediaan pengaturcaraan.

Algoritma ialah satu set aturan atau proses yang telah ditentukan dan telah ditakrif untuk dibangunkan bagi penyelesaian sesuatu masalah. Algoritma digunakan bagi mentafsirkan masalah ke dalam bentuk yang mudah difahami.

Algoritma perlu memenuhi ciri-ciri berikut:

o        Input                        : mesti mempunyai input

o        Output                    : menghasilkan output yang bermakna

o        Tidak ambigious     : setiap langkah dalam algoritma adalah jelas

o        Betul                       : mesti betul dan dapat menyelesaikan masalah

o        Terhingga               : mempunyai had atau penamat

o        Berkesan

o        Bahasa yang mudah difahami

Algoritma boleh diwakili atau dibentuk dengan pelbagai cara. Dua cara yang biasa digunakan ialah kod pseudo dan carta alir.

Proses Pengaturcaraan

Setiap kali masalah dihadapi, sesuatu perancangan harus dilakukan untuk menyelesaikannya. Berikut adalah proses pengaturcaraan yang dilalui oleh seseorang pengaturcara komputer.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Contoh Algoritma

Contoh 1

 
Katakan anda hendak menghantar surat, bilangan setem yang diperlukan adalah berdasarkan bilangan helaian surat yang hendak dihantar itu. Jika 1 setem diperlukan bagi setiap 3 helaian surat, berapakah bilangan setem diperlukan.

 

 

 

Contoh algoritma bagi masalah di atas:

Katakan bilangan bagi helaian kertas, dipanggil Helai(input)

Bahagikan Helai dengan 3 (proses)

Bulatkan nilai bagi (ii) dengan nilai tertinggi (proses)

Hasilnya ialah bilangan Setem (output)

 

Contoh 2

Anda ingin meminjam sebuah buku dari perpustakaan. Nyatakan proses yang perlu anda lalui sehingga anda memiliki buku tersebut.

Contoh algoritma bagi masalah di atas:

mula

masuk ke dalam perpustakaan

cara buku yang dikehendaki

jika buku dijumpai, pergi kaunter untuk pinjam

jika buk tidak dijumpai

datang esok

keluar perpustakaan

tamat

 

Kod Pseudo dan Carta Alir

Kod pseudo merupakan penggunaan ayat pertuturan dan beberapa kod Basic dalam menunjukkan langkah-langkah dan tugas.

Carta alir pula adalah kaedah grafik yang menunjukkan langkah-langkah bagi penyelesaian masalah dan bagaimana ianya berhubung antara satu sama lain.

Carta alir mengandungi simbol geometrik yang dihubungkan oleh anak panah. Bagi setiap simbol mewakili aktiviti bagi langkah yang akan dilaksanakan oleh program. Aktiviti akan dilaksanakan mengikut turutan dari atas ke bawah.

 

Simbol

Nama

Penerangan

Aliran

Menghubungkan antara simbol dan menunjukkan aliran aktiviti.

Terminal

Menunjukkan Mula atau Akhir bagi aktiviti.

Input/Output

Menunjukkan operasi Input (memasukkan data) atau Output (mempamirkan hasil).

Proses

Menunjukkan operasi aritmatik dan manipulasi data dilaksanakan.

Keputusan

Menunjukkan operasi logik atau perbandingan. Mempunyai 1 Aliran masuk dan 2 Aliran keluar (iaitu Benar atau Salah).

Penghubung

Menggabungkan Aliran yang berlainan.

Penghubung Offpage

Menunjukkan carta alir bersambung di muka surat seterusnya.

Proses predefine

Mewakili sekumpulan pernyataan yang melaksanakan pemprosesan data.

Anotasi

Maklumat tambahan bagi simbol carta alir lain.

 

Contoh Kod Pseudo dan Carta Alir

Contoh 1 (Pertimbangkan semula Contoh 1 dari algoritma)

Katakan anda hendak menghantar surat, bilangan setem yang diperlukan adalah berdasarkan bilangan helaian surat yang hendak dihantar itu. Jika 1 setem diperlukan bagi setiap 3 helaian surat, berapakah bilangan setem diperlukan.

Contoh kod pseudo bagi masalah di atas:

Mula

Baca nilai Helai                         (Input)

Set bilangan Setem iaitu Helai/3         (Proses)

Bulatkan bilangan Setem dengan nilai tertinggi   (Proses)

Pamir bilangan Setem                     (Ouput)

Akhir

Contoh carta alir bagi masalah di atas:

 

 


                                           Masukan

 

 

                                           Proses

 

 

 

                                           Proses

 

 

                                           Keluaran

 

 

 

Contoh 2

Kirakan hasil darab dan hasil tambah bagi dua nombor dengan menggunakan kod psuedo dan carta alir.

Contoh kod pseudo bagi masalah di atas:

Mula

Baca x dan y

Jumlah x + y

Hasil darab x * y

Cetak jumlah dan hasil darab

Tamat

 

Contoh carta alir bagi masalah di atas:

 

 

 


                                           Proses

 

                                           Proses

 

 

 

                                           Keluaran

 

 

 

Latihan Kendiri

1.      BASIC ialah singkatan bagi                                                                 .

2.      Visual Basic diasaskan oleh                            dan                             .

3.      Apakah itu OOP, dan terangkan konsepnya.

4.      Senaraikan langkah-langkah dalam proses pengaturcaraan.

5.      Terangkan kepentingan algoritma, kod psuedo dan carta alir dalam proses pengaturcaraan.

Latihan Algoritma, Kod Psuedo dan Carta Alir

1.      Tuliskan algoritma pergerakan anda dari rumah ketempat kerja.

2.      Tuliskan algoritma untuk penyediaan gulai ayam dan nasi tomato.

3.      Sebuah kereta mengambil R masa untuk S jarak perjalanan. Tuliskan kod psuedo dan carta alir untuk mengira purata halaju kereta tersebut. Diberi purata halaju = jarak X masa.